Pages

Thursday, April 1, 2010

Rokok Ada Sel Darah Babi

Rokok Ada Sel Darah Babi


Astaghfirullah ...Perhatian Kepada Semua Perokok!! Betul ke tajuk nie!? Aku pun tak pasti sama ada ianya betul ataupun tidak.. Tapi aku terkejut beruk bila membaca article nie.. Agak² nya korang percaya tak dengan apa yang aku baca ataupun cuma propaganda sesuatu pihak untuk mendapatkan sesuatu??Allahualam..


Sebelum korang mengetahui benda nie betul ataupun tidak, aku nak bg tahu korang tentang fatwa² merokok itu adalah Haram!! Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur. * Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu
Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.
10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK...

1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)
Berikut adalah petikan berita yang aku baca
KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.
Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.
Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.
Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.
So,nasihat aku lah pada perokok² semua kalau boleh korang berhentilah merokok terutamanya orang² islam.. Errmm.. Tapi bukan semua jenis rokok yang mengandungi Darah Babi nie.. Hanya Sejenis Rokok yang belum diketahui jenamanya.. So korang tak perlu risau sangat.. Cuma point yang paling penting sekali di sini ialah HARAM TETAP HARAM!! 




Sumber : Kosmo.com.my

3 comments:

Unknown said...

akan cuba

2R said...

btol la perokok2 luar wajib berhenti merokok sbb da dinyatakan bahawa rokok itu haram

ianx said...

sudah ngabisin uang...
ternyata ada babinya...

sedari dulu saya tidak suka nih sama rokok..
buat org buta saja..

Related Posts with Thumbnails