Pages

Humor

Di ruangan ini saya nak berkongsi cerita lawak yang saya rasa lawak lah.. harap korang boleh tersenyum selalu.. Boleh Awet Muda! Ahakzz.. So,Untuk cerita lawak yang pertama bertajuk :

Tajuk : 30 Ringgit Untuk 3 Tusukan


Al-Kisah seorang lelaki pergi ke KL untuk melanggan seorang pelacur akibat daripada ketagihan seks yang memuncak. Lalu bertemu dengan seorang pelacur yang sangat cantik dan anggun bertaraf VVIP, tetapi bayarannya sangatlah mahal. Iaitu: RM10 untuk satu tusukan. Bajet si lelaki ini cuma 30 ringgit sahaja. Bermakna dia hanya boleh melakukan 3 tusukan. Setelah bersetuju, mereka masuk ke bilik dan terjadi adegan yang (sensor). Oleh kerana bayaran mahal, pemuda tadi bercadang melakukan 3 tusukan secara perlahan-lahan. Selepas tusukan pertama, kata sipelacur "10 ringgit". Tusukan kedua, kata sipelacur, "20 ringgit.. tinggal satu lagi ye bangg..|". Lalu si lelaki tadi berhenti sejenak, kemudian tiba-tiba secara laju dan rakus dia melakukan tusukan demi tusukan secara laju. Apabila dimarahi oleh pelacur, dia dengan selamba menjawab, "Yang 10 ringgit terakhir saya bayar dengan duit syiling 10sen,10sen...".
hUH.. Banyak Tu 10 sen,10sen.. uhuhu.. :)
------------------------------------------
------------------------------------------

Tajuk : Lepaskan Saja Gelasnya

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”
“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”
Murid-murid menjawab.
Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?
“Tiada apa-apa!” Murid menjawab
Kalau saya memegang selama setengah jam?
“Tangan lenguh!” Murid menjawab,
Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?
“Tidak!” murid menjawab.
Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?
“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.
Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”Murid-murid mula pening, gilo ker apo?
Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?
“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa
Ingat…
“Lepaskan sahaja gelas itu!”
p/s Jangan Pula Time Duduk Cafe dengan makwe tengah minum korang lepaskan je gelas tu.. Nanti dengan korang sekali melepas.. hehe..

------------------------------------------
------------------------------------------

Tajuk : Made In Japan

Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.
Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.

“Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tadi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.

“Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tu lagi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.

“Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran

negaranya. Sampai di lapangan terbang…..ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..

“RM100 please…” kata pemandu teksi selamba.
“What? RM100? it’s not that far from the hotel?”, pelancong tu tak puas hati.
“Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast”, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.

**Khah² kena batang idung sendiri.. hehe..
Related Posts with Thumbnails