Pages

Tuesday, April 20, 2010

Adegan Bikin Filem Lucah Malaysia

 Gambar sekadar Hiasan

Wooho.. Macam² hal yang terjadi di malaysia sekarang nie.. Lepas satu, satu lagi yang timbul.. sekarang yang terbaru ialah Penggambaran filem sebuah syarikat luar negara yang dilakukan di sebuah lokasi Taman Negara Kuala Tahan dekat sini dilihat melanggar tatasusila budaya Melayu Islam khususnya dan mencemarkan imej negara.Penggambaran terbaru dilakukan di Dedari berdekatan Kuala Tahan di sini membabitkan pelakonnya tidak berpakaian dan cuma menutup di bahagian alat sulit sahaja, yang
jelas menunjukkan produksi filem itu mengambil mudah isu sensitiviti penduduk Melayu Islam termasuklah Orang Asli Taman Negara. “Saya tidak bersetuju adegan yang melanggar tatasusila itu diadakan, kerana pusat pelancongan ini dikunjungi pelancong tempatan dan antarabangsa yang inginkan ketenangan, dengan pelancong tempatan pula terdiri daripada pelbagai kaum yang kuat berpegang kepada agama, adat dan budaya masing-masing. “Saya juga kecewa mengapa pihak berkaitan meluluskan penggambaran adegan itu dilakukan di sini, kerana sepatutnya skrip filem itu dilihat dahulu, dikaji dan ditapis supaya tidak melanggar etika dan meragukan semua pihak,” katanya ketika ditemui menyertai gotong-royong perdana di Jerantut Feri semalam. Wan Amizan berkata, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Kerajaan Negeri perlulah tampil menyiasat perkara itu seterusnya menimbang semula permit kebenaran syarikat filem berkenaan. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan berkata, apa yang dikesalkan ialah syarikat berkenaan membawa Orang Asli dari negara lain, melakonkan adegan tanpa pakaian di dalam kawasan berkenaan. Menurutnya, adegan oleh pelakon tambahan itu hanya menutup di bahagian alat sulit masing-masing boleh dilihat oleh penduduk yang menaiki bot penambang, yang berulang alik ke perkampungan di Hulu Tembeling ketika penggambaran berlangsung di beberapa rumah Orang Asli yang dibina khas berdekatan Sungai Tembeling. “Adegan atau babak itu berdekatan sungai yang mudah dilihat orang awam, dan tentu lebih teruk serta memalukan jika berlaku di dalam hutan membabitkan pelakon wanita pula bersama pelakon utama yang dirakam krew filem itu,” katanya. Wan Amizan berkata, jangan kerana sikap ambil mudah dan terlepas pandang membuatkan apa yang pernah menggemparkan negara dahulu berulang lagi, yang akhirnya memberi kesan dan imej buruk kepada Malaysia, yang digambarkan oleh filem dari luar negara. Menurutnya, apabila adegan seumpama itu dibiarkan dirakam, pastinya apabila ia ditayangkan kelak penonton negara luar secara tidak langsung beranggapan bahawa itulah realiti sebenar sikap dan budaya di negara ini, sedangkan hakikat sebenarnya salah dan menjejaskan imej di sini. “Syarikat filem luar negeri yang memilih lokasi di negeri ini untuk penggambaran, perlu meneliti skrip atau perjalanan cerita termasuk dokumentari supaya bersih daripada unsur maksiat dan mematuhi tatasusila orang Melayu.Ini penting kerana adegan yang dirakam seharusnya berkaitan keindahan flora, fauna dan pemandangan persekitaran Taman Negara Kuala Tahan, sebaliknya bukanlah babak tidak senonoh yang dikaburi oleh alam semula jadi,” katanya. Wan Amizan berkata berkata, beberapa hari lalu beliau turun menyiasat di lokasi penggambaran apabila menerima aduan, seterusnya bertemu dengan krew filem berkenaan untuk melihat sendiri apa yang berlaku. Menurutnya, memang ada babak tidak sesuai yang tidak sepatutnya ditonjolkan dan bercanggah dengan budaya tempatan, namun cuba ditepis pengarah produksi berkenaan dengan bertegas mengatakan adegan itu tidak menyalahi budaya tempatan dan sebahagiannya adalah babak arahannya. “Beberapa pengawal juga diupah syarikat itu supaya tidak membenarkan orang luar memasuki ke lokasi di Dedari ketika penggambaran dibuat terutamanya melibatkan adegan dalam hutan. “Saya kesal dengan kegiatan syarikat perfileman luar yang membuat penggambaran di sini menjatuhkan imej budaya Melayu tempatan dan menggambarkan seolah-olah masih ada hutan Malaysia didiami oleh Orang Asli yang tidak bertamadun dan berbogel,” katanya.
Menurutnya, kajian dan penelitian mendalam perlu diberikan, supaya mana-mana syarikat penggambaran tidak sewenang-wenangnya mengeksploitasi kawasan pelancongan di sini untuk tujuan dan kepentingan mereka. “Kita tidak mahu promosi menerusi filem akan menimbulkan tanggapan negatif bahawa negara ini masih ada masyarakat yang ketinggalan, dengan masih tidak berpakaian, tinggal di hutan dan menjadi bahan tontonan umum dengan tanggapan yang salah,” Katanya, sebelum ini sudah ada dua syarikat filem luar negeri pernah membuat penggambaran di Tabung berdekatan Taman Negara, tetapi mereka mematuhi etika dan memahami sensitiviti masyarakat di sini.

**Mana Tidak Terjadi Kes Pembuangan Bayi Yang Berleluasa kalau mcm nie.. Haih.. Macam² Hal..

12 comments:

Sis Lin said...

mak aii...ada ke yg pi tgk nnti..
tp rasanya mmg ramai yg pi tgk nnti..huhuhu

omey said...

uihhhh...xsggup utk bygkan mcmn(tutup mta)

Stargone said...

*me tutup mulut dan buka mata luas-luas.. hahaha! gila apa buat filem lucah kat malaysia.

.::WaNiE::. said...

aku jujur ni aku scroll jek sbb apsal entry ni xdek perenggan huhuhu

tapi aku rasa ado baca berita ni

miss ice said...

xdek sifat ke'maLu'an betol..

Sun's said...

Sungguh memprihatinkan masa depan bangsa ini???

fauzuskamaruddin said...

mmm....sentiasa beringat la kan mereka mereka ni...amik la skit iktibar...jgn psl diorng kita ditimpa bala...nau'zubilla

Penulis Rindu said...

salam ziarah bro..sila ambil ole ole kat blog ana..ye

Mya Amyra said...

argggh!sy kanak2 bwh umor.ouh

Anonymous said...

kurang jelas.. Topik,.. ayat x ada perengan pada isi penting .. boring ..

Anita said...

Tetapi orang-orang memang menyukai..
Thanks for sharing

ecambodia said...

good info!

Related Posts with Thumbnails