Pages

Sunday, April 11, 2010

Gurauan Melampau - Payudara Jadi Taruhan

Gara-gara gurauan nakal mahu memberikan RM2 jika rakan sekelas berani menumbuk dinding sebanyak 35 kali, seorang murid perempuan tahun lima di bandar raya ini dicabul termasuk diraba payudaranya oleh temannya itu selepas dia gagal menunaikannya. Malah, kanak-kanak perempuan yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, berkata tiga lagi rakan lelaki yang lain turut ‘tumpang sekaki’ dengan
mengejek sesuatu mengenai payudaranya. Dalam kejadian Oktober tahun lalu itu katanya, dia berseloroh dengan rakan lelaki di kelasnya yang ‘tunjuk kuat’ supaya menumbuk dinding kelas itu sebanyak 35 kali jika benar-benar gagah.

“Ketika itu guru tiada di kelas. Saya katakan akan beri RM2 jika mereka berani menumbuk dinding itu. Bagaimanapun, tiada seorang daripada mereka berani menyahut cabaran saya itu.

“Saya kemudian pergi ke tandas sebelum kembali ke kelas. Seorang daripada rakan kelas lelaki itu datang kepada saya sambil menunjukkan penumbuknya yang merah kerana mendakwa menumbuk dinding. Oleh itu, dia menuntut RM2 seperti dijanjikan.

“Tetapi saya katakan padanya bahawa dia tidak melakukan aksi tumbuk depan saya dan menipu. Namun, dia marah sebelum meminta juga RM2 itu.

“Saya kemudian beri dia tidak sampai RM2 dan dia marah sebelum bertindak meraba payudara saya,” katanya yang trauma dengan kejadian sehinggakan terpaksa meminta ayahnya menukarkan dia ke sekolah lain. Katanya, dia merayu supaya tidak diperlakukan sebegitu namun tidak diendahkan malah tiga lagi rakan lelaki yang lain membuat riuh-rendah sambil mengatakan sesuatu mengenai payudaranya.

“Sejak kejadian itu dan hari berikutnya saya bimbang untuk ke sekolah. Takut kejadian itu berulang. Apatah lagi, budak lelaki di kelas masih mengganggu saya dengan perkataan lucah,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, berkata dia kecewa dengan pihak sekolah kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap empat murid lelaki yang melakukan gangguan seksual terhadap anak sulungnya itu. Malah, katanya, dia terpaksa menukarkan anaknya itu dan seorang lagi anak perempuannya awal tahun ini ke sekolah khas untuk perempuan kerana mangsa takut jika berjumpa lelaki.

“Apa yang menghampakan, guru besar dan guru hal ehwal murid sekolah itu mengatakan ia hanya gurauan antara kanak-kanak,” katanya.

Berhati-hati dengan gurauan korang semua.. Kekadang ada orang memandang serius terhadap sesuatu gurauan itu.. Orang kata kerana Mulut Badan Binasa.. Kepada adik² di luar sana janganlah buat benda² yang tak elok dik.. Tunggulah sampai umur dah cukup and dah bersedia bergelar suami baru buat benda² 18sx mcm ni.. ok.. buat masa sekarang study² + Belajar² supaya besok lusa masa depan tu cerah ye..

**Macam² Hal lah...

21 comments:

Kaizen Shinobi.com said...

macam2 hal... pihak sekolah kata gurauan?

hmm

dari bilik pelik dojo klasik
kaizen shinobi (o.O)y

rizal jabai said...

dasyat...zamn skg sume mnde bole jd..huu

hudamcgyver said...

menakutkan!

s h a said...

ade ke mcm tu boleh kate gurauan...ish3...

mimi said...

bukan gurau tu.....

rin~eirie de' sEcond said...

gurauan?manusia ni perlu diajar dr kecik, baru mereka tau yg mana betul dan salah..
klu tiada tindakan, besar2 nnt x tau lah gurauan apa lg yg mereka2 ni akan buat..

Mr. Asada said...

hahaha..

gurauan la sangat. kalau dah ada syahwat camtu maksudnya dak tu dah baligh la. dpt berfikir.. mumayyis dah tu.

hurmm.. kena pandang serius la cikgu2..

Anonymous said...

sekolah mnde tu..teruk betul..maCy selaku cekgu... eh bakal cekgu..sangat mara~~~ isk

Akmad Toshiro said...

aduiii..kesian kat bdk pompuan nie..tp hebat jgk eyhhh, sebab brani buat pertaruhan rm2 tu..

Ema Razali said...

gurauan pulak !!

zyqa zaqy said...

haish...baru sekolah rendah...

RerameUngu said...

nampak sngt pihak skolah tak ambil endh hal22 mcm ni...mn tak masalah sosial mkin berleluasa..sbb pihak skolah ttp mata bila ada kes22 mcm ni..hmm..pelik tol la..

farysa said...

gila pnye skolaah
ske2 ati ckp gurauan

Perjalanan Tanpa Noktah said...

gurauan yang tak kena pada tempat la tu...

p3perak said...

uishh.. seram..
kerana mulut, badan binasa..

Lelord said...

erkkk macam skang...zaman aku skolah dulu xde lak hal2 cenggini. Ape nak jadi la...

Nurul Harun said...

umang ai. dasyat betul budak2 skolah ni. padahal budak skolah rendah tu..

akututor said...

huhu...klu dkat skolah aku memang xde hal cam ni sebab sumenye laki..hehehehe

.::WaNiE::. said...

whatt ?? ni betul2 ke?

eiiiii

mie said...

ayoyo!!
makin rosak bdk2 zaman skrg

arezura said...

btl ke nie..ada kah cerita benar...
bebdk zaman skrg dh terlalu pandai..sampi bende2 yg org dewasa x tau pon die tau...

Related Posts with Thumbnails