Pages

Friday, April 9, 2010

Disimbah Asid Kerana Nafsu Suami

Sedih rasanya membaca berita pagi ini.Seorang wanita disimbah asid hanya kerana enggan melakukan hubungan sex dengan suaminya.Berikut adalah antara petikan berita daripada Kosmo Online pagi ini.Gara-gara isteri enggan mengadakan hubungan seks, seorang suami yang dipercayai tahi judi naik berang sehingga sanggup menyimbah asid ke muka dan tubuh isterinya menyebabkan wanita itu cedera parah dalam kejadian di rumahnya di Felda Bukit Sagu 2 di sini kelmarin.Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata, ketika kejadian pada pukul 2 pagi, lelaki berusia 47 tahun itu dikatakan baru sampai ke rumah selepas dipercayai keluar bermain judi."Suspek yang bekerja sebagai peneroka itu
pulang dalam keadaan marah-marah. Dia terus masuk bilik tidur sebelum mengejutkan isterinya untuk mengadakan hubungan kelamin."Bagaimanapun, wanita berusia 30-an itu menolak keinginan suaminya kerana dia tidak sihat dan sakit kepala," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.Menurut Zulkifli, tindakan si isteri itu menyebabkan suaminya secara tiba-tiba naik angin lalu mengambil cuka getah yang diletakkan di dalam botol di luar rumah."Suspek masuk semula ke dalam rumah lalu menyimbah cuka getah itu ke arah muka dan badan mangsa yang bekerja sebagai pencuci pejabat."Tindakan suspek itu menyebabkan isterinya melecur teruk," kata beliau.
Zulkifli memberitahu, dua orang anak pasangan itu berusia belasan tahun yang turut berada di rumah semasa kejadian terus mendapatkan ibu mereka untuk memberi bantuan.

Seperti posting saya yang lalu dalam berbasa English yang bertajuk Women Need To Love Not To Hurt . Tuhan menciptakan seorang wanita yang solehah itu untuk disayangi bukan untuk disakiti..

8 comments:

BayuSenja said...

adoi...dunia2...xtvt mlm pny hal pon smpi ley simbah asid..

darkbatman said...

yup..women 2 b loved.. giler la smpai simbah asid..

Nekmo said...

haha..gerun aku nak kawen..hehe..

Bb Hussain said...

aduhai kesiannnyer

azie said...

zalim nye suami die huhuhuhuhu

zulaikha said...

kejam nya.. haishhh~~ takut la pulak den nak kawin.. huhu..

mas bayu said...

kesian tuh istri di buat macam tuh, suami tuh ada kelainan sex kot

Anonymous said...

teruknye..mmg kejam..huhu

Related Posts with Thumbnails