Pages

Sunday, April 11, 2010

Puja memuja Pasha-Liyana

ADA satu garis lut sinar menyambungkan kedua-dua selebriti ini. Nyata dalam diam mereka saling memuja dan mendekati antara satu sama lain atas nama seni.Perkenalan singkat yang terjalin sewaktu mengadakan persembahan di Muar, Johor membuahkan perkenalan santai yang kadangkala membawa kepada bicara serius tentang industri seni negara masing-masing.Liyana Jasmay, 22, menjaga santunnya sewaktu fotografi diadakan, mungkin menjaga hati orang yang di luar sana.Lagak Pasha, vokalis kumpulan Ungu yang berusia 31 tahun ini pula lebih berani. Matanya tidak lepas meneliti setiap inci wajah pelakon Malaysia itu yang baru dianugerahkan gelaran popular berasaskan undian peminat.Aksinya membuatkan Liyana yang sentiasa lincah itu bertukar kekok. Mungkin malu ditenung sebegitu.Jujur kata Pasha, dia memuja keperibadian Liyana.

"Dia penyanyi baru yang punya potensi besar. Dia sangat cantik dan ada sesuatu dalam dirinya yang membuatkan namanya akan besar setelah terjun ke dalam bidang seni," luah Pasha tanpa selindung.
Pakej Liyana.Malah tanpa segan-segan, Pasha menyatakan
Liyana mempunyai pakej dan kriteria wanita yang memenuhi cita rasanya.Rambut panjang, putih, kecil, kasual dan pandai berpakaian, semua ciri itu melekat pada diri Liyana dan Pasha seakan-akan pemuja dari jauh.Perkenalan 'hai' dan 'bye' singkat di Muar, Johor kemudian bercambah melalui talian telefon. Blackberry Messenger (BBM) yang kini menjadi kegilaan para pengguna telefon jenama itu lantas mendekatkan dua negara Indonesia dan Malaysia yang dipisahkan laut.Jelas Pasha dan Liyana, mereka banyak berkongsi cerita muzik dan seni negara masing-masing.Melihat perjalanan 15 tahun Pasha bersama Ungu, Liyana tidak melepaskan peluang bertanya itu dan ini untuk mencari tanda aras yang boleh dicontohi."Saya peminat Ungu, juga peminat Sigit Purnomo (Pasha)," terang Liyana yang kini menunggu waktu untuk menjalani penggambaran filem Papadom 2 arahan Afdlin Shauki.Pasha lelaki 'hot'!! "Kami banyak bertukar cerita tentang industri muzik masing-masing. Juga bagaimana dia berhadapan dengan wartawan di sana yang sudah ala Hollywood."Saya jarang bertanyakan kisah peribadinya. Tapi dia memberitahu segala gosip yang berkaitan dirinya tidak betul dan diperbesarkan. Buat mereka gosip itu cuma gosip dan akan berlalu begitu sahaja."Berlainan dengan industri hiburan Malaysia yang memandang dan mengambil berat tentang gosip yang dikeluarkan," terang Liyana yang kurang mendedahkan sifat lincah dan mengusiknya di depan Pasha. Ibu Liyana yang ada sama semasa sesi temu bual mentertawakannya.Pasha pula sempat memberi tip tentang nyanyian kepada Liyana. Tambahan pula, katanya, penyanyi wanita lebih terdedah kepada risiko kerana kotak suara mereka lebih sensitif.

"Yang penting adalah komitmen kita terhadap kerja dan harus pandai menjaga suara kerana itu adalah modal seorang penyanyi."Suara juga adalah harga kita," ujar Pasha yang wajib tidur selama enam jam sehari dan memperbanyakkan minum air suam."Pasha itu 'hot' untuk lelaki golongan umurnya dan juga duda," bisik Liyana seraya menyatakan seleranya lebih kepada golongan lelaki seusia dengannya.
Namun, dalam diam dia menyukai lagi Cinta Dalam Hati nyanyian Pasha dan menghargai segala tunjuk ajar yang diberikan ikhlas oleh pemuda itu kepadanya.Duren (duda keren) ialah panggilan yang diberikan oleh khalayak Indonesia terhadap penyanyi duda beranak tiga itu.Baca Berita Selanjutnya Di Sini

1 comment:

Raji and Yeen said...

hak2
bukn men byk lgik bnder dipuji nyer =.=

Related Posts with Thumbnails