Pages

Tuesday, April 6, 2010

Salah Guna Facebook!!

Sekarang nie macam² berlaku dalam facebook.. Buat sahabat² ku sekalian,korang janganlah gunakan facebook sebagai satu media perhubungan untuk menyakiti hati orang lain atau sebagainya..Ada antaranya yang menggunakan untuk menipu,mengugut,menghina, dan macam² lagi.. Tapi awas, kerana facebook, seorang pelajar Mohamad Tasyrif dibicara
1 November ini kata My Metro pada 03 april 2010 yang lalu.. Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 1 November depan bagi perbicaraan pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara), Mohamad Tasyrif Tajudin yang didakwa menggunakan laman sosial Facebook untuk membuat komen yang boleh mengancam keselamatan orang lain pada Januari lalu. Hakim Aslam Zainuddin menetapkan selama dua hari untuk mendengar kes itu selepas pihak pembelaan yang diwakili Mohd Radzlan Jalaludin menerima kesemua dokumen yang diperlukan daripada pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad.

Pada 18 Januari, Mohamad Tasyrif mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
Mohamad Tasyrif, 25, didakwa secara sedar sudah memberi komen di laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam dengan menulis "ke nak aku baling bom petrol di sana plak?...harga boleh runding..." Pelajar tahun pertama jurusan perfileman itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Desa Mentari 2, Petaling Jaya pada 10 Januari lalu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan..

So.. Berhati-hati dengan facebook..Ok.. harap korang semua menggunakan facebook tanpa menganggu sensetiviti orang lain..Gunakan facebook dengan berhemah..:)

6 comments:

Tie HT said...

dlu saya delete fb..skang sy create semula dan add org2 yg saya suka je :)

HaiDa HiDa said...

sye create fb ni pn sbb nk join perbincangan suara siswa bersama Dr Fazley.. tpi lme2 dlm ni seronok jge sbb blh jmpe blk ngan kwan2 sekolah rendah, menengah dan IPT.. fb jge telah mengeratkan persahabatan kami.. sperti kajian sye tntng web 2.0 ni, ada baik dan buruknyee... so, pandai2 la kita sbgai seorang yg terpelajar mnggunakannya..

***sekadar pendapat.. :)

Raji and Yeen said...

sbb global sgt
bnder2 kcik pun bole diperbesar2kan

s said...

betul2....fesbuk mmg dah jd tempat hina org kutuk org...mcm2 page utk hate org ade kat fesbuk....ramai la yg kene...

Eye_nee said...

Hmm..susah nak ckp...ada otak sendiri mau ingatla kan...bicara guna akal...menulis pon sama la jugak kan..guna akal yg free of charge tu...Sikap tak mahu ambil iktibar dari kes2 yg telah lalu...boleh menyusahkan diri..

hans said...

betul tu
kena berhati2 guna laman sosial nih

Related Posts with Thumbnails