Pages

Thursday, April 8, 2010

Biawak Gergasi Filipina Ditemui

Bermacam-macam yang baru dietmui sekarang ini.Ini menunjuk kan bahawa bukan hanya kita sahaja yang wujud di muka bumi ini. Masih ada lagi makhluk ciptaan tuhan yang lain berkongsi hidup dengan kita di muka bumi ini.Para saintis biologi di sini semalam melaporkan penemuan satu spesies biawak gergasi di kawasan hutan utara Pulau Luzon, Filipina baru-baru ini.Penemuan mengejutkan haiwan liar berukuran
dua meter panjang itu disiarkan menerusi jurnal saintifik Biology Letters terbitan Royal Society di Britain.Cicak itu ditemui di sebatang sungai berlembah di Filipina.Haiwan itu cuma makan buah-buahan hutan. Cicak jantan itu mempunyai dua zakar.Salah satu sebab kenapa cicak itu tidak dapat dikesan ialah kerana ia tidak pernah meninggalkan kawasan hutan yang menjadi tempat tinggalnya.Ternyata,masih banyak lagi yang tersembunyi di muka bumi ini yang masih belum kita ketahui.Allahualam...

2 comments:

Aishah Malik said...

wow.. general knowledge ni.. thnks 4 sharing....

Unknown said...

gua rasa gua nak beli ar biawak ni buat hadiah untuk besday member gua. boleh dia bela biawak ni. hahaha! =)

Related Posts with Thumbnails