Pages

Sunday, April 11, 2010

Robot seks wanita dijual RM23,642


Astaghfirullah...Apa nak jadi dengan dunia sekarang nie.. Robot Seks Wanita dicipta semata-mata untuk memuaskan tuntutan nafsu lelaki. Adakah wanita di muka bumi ini sudah pupus? Setahu aku, Wanita sekarang lebih banyak dari lelaki.. Robot seks pertama di dunia bernama Roxxxy mencuri perhatian orang ramai semasa ia diperkenalkan pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN, LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS).



Roxxxy setinggi 1.7 meter dengan berat 54 kilogram, menyamai saiz kebanyakan wanita dan dilengkapi
program kepintaran tiruan (AI) serta kulit sintetik mirip manusia. “Robot wanita ini tidak pandai memasak atau mengemas tetapi ia boleh melakukan apa yang diimpikan oleh lelaki,” kata pencipta Roxxxy, Douglas Hines dari syarikat TrueCompanion. “Roxxxy boleh menjadi teman baik lelaki. Ia boleh bercakap dan mendengar. Ia juga mampu merasai sentuhan anda. Kami cuba meniru personaliti manusia,” tambahnya.Robot itu memiliki rangka dan boleh bergerak seperti manusia dan dilengkapi hati mekanikal yang menjana sistem penyejukan cecair. Ia yang memiliki lima personaliti pilihan termasuk perwatakan peramah atau pemalu bakal dipasarkan di AS dan Eropah dengan harga antara AS$7,000 (RM23,642) hingga AS$9,000 (RM30,397).






Pelanggan diberikan pelbagai ciri pilihan menurut cita rasa masing-masing termasuk bangsa, warna rambut dan saiz payu dara manakala Roxxxy turut dilengkapi Internet wayarles bagi menerima sokongan teknikal dan naik taraf perisian.


** Macam² ada sekarnag nie.. Huh.

16 comments:

Raji and Yeen said...

ahahaha dasyat nyer
dorng nih mmg tlebih kreatif
=.="

Kay- said...

ape kejadah nye ini????

CITY® said...

salam..
macam2 agenda yahudi utk lemahkan umat manusia terutama umat islam..

Wisnu Priambodo said...

ada ada aja..., :D

elynn said...

OMG~~robot nie mcm mengkritik kaum wanita je~mcm lah wanita x bleh memuaskan lelaki~~apa dh jadi ngan dunia ari nie

s h a said...

isk2...dasat btol...kadang2 terlebeyh kreatif pon x okay gax...haih...x patut..x patut...

Terrychen said...

Masa Robot mw di bikin ada2 aj..
wkwk.. Slm knl bro..

ZATYA BAJA ITEM said...

kkkk..robot sekarang makin canggih, tapi jangan sampe d salah gunakan

admin said...

Macam2 la sekarang ni...

Wanita Timur said...

isk isk robot pulak dah...

Nurul Harun said...

org putih dgn idea gila2 mmg x boleh dipisahkan!

Ruby said...

Ish.. menyampah betul la mereka ni.. suka buat sesuatu melebihi ciptaan Allah swt! teknologi semakin memusnahkan maruah seseorg lelaki dan wanita nanti.. nauzubillah..

=(

my new blog at www.rabiatuladawiyah.com

Nekmo said...

adoila...apakehey sume ni..huhu...

Unknown said...

ala... mhl nyer... x mampu... baik wat kawin jer suit tu dari beli patung bodoh nie.. hehe

Kolom ponsel said...

Ada apa dengan dunia ??!

Alyssa Villamor said...

astaghfirullah
totally ridiculous!
tak cukup dgn sex doll, skng ni nk cipta sex robot lak =_=
nape la dorg tak gunekan kebijaksanaan tu ke arah yg lebih berfaedah..hurmm

Related Posts with Thumbnails