Pages

Tuesday, April 6, 2010

Isteri Tiger Woods digelar srikandi Sweden

Bekas model, Elin Nodegren dipuji sebagai srikandi oleh rakyat Sweden kerana caranya menangani kecurangan suaminya, bintang golf No.1 dunia, Tiger Woods.Setelah skandal seks berganda suaminya terbongkar pada tahun lalu oleh media, orang ramai dan penulis blog sebulat suara mahu Elin meninggalkan Woods.Namun, ramai wanita keliru dan hairan apabila bekas model berusia 30 tahun itu
memilih untuk kekal bersama suaminya, tambahan pula, dia berasal dari Sweden, sebuah negara moden yang terkenal kerana wanitanya hidup berdikari dan bebas."Hati rakyat Sweden mekar dengan pujian. Elin tidak bertindak melulu (bercerai). Elin ialah heroin kami," kata seorang kolumnis sebuah akhbar tempatan, Britta Svensson pada Disember tahun lalu.Komen Svensson itu mungkin cuma difahami wanita Sweden.Ini kerana ramai tidak mengetahui tentang situasi sosial negara rantau Balkan itu yang mencatat kadar perceraian tinggi di Eropah dan pernah mencecah 27,000 perceraian setahun pada tahun 1970-an.Seperti Elin, ramai warga Sweden membesar dengan ibu bapa yang bercerai,Justeru generasi baru amat komited untuk mengekalkan rumah tangga mereka supaya anak-anak tidak merasai kepedihan yang pernah dilalui mereka."Ramai pasangan memilih untuk hidup bersama dan menyelesaikan masalah mereka," kata seorang pakar terapi rumah tangga, Lena Gustafsson,Woods, 34, dan Elin memiliki dua orang anak iaitu seorang anak perempuan berusia dua tahun, Sam Alexis dan anak lelaki berusia setahun, Charlie Axel.
**sumber Kosmo

2 comments:

Raji and Yeen said...

hak2 orng bukan Islam pun pndai setia dgn suaminyer.. ;D

niny said...

baguslah dia sanggup sacrifice demi nak jaga marriage dy.

Related Posts with Thumbnails