Pages

Friday, April 2, 2010

Belajar Lupa

Belajar Lupa!?


Woooho.. Kompius aku nak memikirkan benda ni.. Tak tau macam mana nak cakap..Secara realitinya, banyak orang yang sanggup berhabis duit,untuk membeli ubat untuk mudah ingat.. Ada juga yang menggunakan bomoh untuk dimandikan atau diberikan penangkal penyakit LUPA serta tidak kurang juga yang menggunakan jampi serapah asalkan hajat untuk mudah mengingati sesuatu dengan mudah termakbul..huh

Sejak dari kecil kita diajar teknik atau cara² untuk mengingati sesuatu sehinggalah di alam persekolahan juga kita masih kena mengingat.. Belum pernah ada krusus yang menawarkan teknik LUPA..

Belajar lupa yang ingin aku nak kongsikan dengan korang semua di sini ialah
berlajar melupakan perkara yang korang semua tak nak ingat.. Kompius ke!? Aku pun kompius gak nie.. hehe.. Sebenarnya mcm nie,Belajar Lupa bukanlah meliputi semua aspek dalam kehidupan kita,hanya sedikit sahaja jika dibandingkan dengan Belajar Ingat..Lagi satu, Orang yang sedang menghidap penyakit amnesia dilarang mempelajari teknik nie.. Please Dont Try This!! Silap² haribulan nanti semua awk dah tak boleh ingat dah.. uhuhu.. so jangan lah Try Test.. Ok..

Belajar Lupa di sini ialah belajar melupakan sifat atau kesalahan orang terhadap diri kita sama ada yang sudah kita maafkan ataupun tidak..Kerana apa,bila kita mengingati kesalahan yang orang lain lakukan terhadap diri kita sama ada sengaja atau tidak akan menimbulkan kemarahan terhadap diri kita justru terjadi balas dendam serta tiada lagi kidungmu ehh.. salah pulak tiada lagi hubungan silaturahim antara korang berdua.. hehe..

Kepada yang beragama Islam,ketahui kawan² ku semua bahawa islam memandang penting akan akan jalinan silaturahim ini seperti Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah ''Yang paling cepat dapat mendatangkan kebaikan adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebajikan menyambungkan tali silaturahim,sedangkan yang paling cepat mendatangkan kejahatan ialah balasan (seksaan)orang yang berbuat jahat dan memutuskan hubungan kekeluargaan.''.. So pentingnya korang belajar Lupa dan memaafkan kesalahan orang lain kerana balas dendam tidak akan membawa kita kemana.. betoii takk!?Kalau kesalahan besar sangat tu Lu Pikirlah Sendiri.. hehe..

Contoh yang paling banyak sekali ialah kes² putus cinta,Lelaki mahupun wanita tak setia main kayu tiga,kawan makan kawan,dan banyak lagi tak terkira.. Ok aku nak bagi tips belajar lupa nie, cara korang nak melupakan kekasih curang korang tu senang je, korang boleh ikut tips aku atau buat tips sendiri.. hehe check it out..
1) Jangan Bersendirian - Bila kita bersendirian maka akan teringatlah Si Jantung Hati korang yang Curang yang menghancurkan hati korang tu..So elakkan daripada bersendirian..

2) Sentiasa Berfikiran Positif - Fikirkan bahawa Kekasih @ Bopren @ gepren korang yang curank tu bukan tercipta untuk korang.. Buat hapa nak bunuh diri untuk org yang sakiti hati korang kan.. Lagi baek cari hubby yg baru.. chewwahh... So dengan selambenya lupakan mereka yang sakiti hati korang.. jangan fikir langsung..

3) Sentiasa Menyibuk kan Diri Korang – Sekurang-kurangnya otak tu tertumpu pada kerja yang kita lakukan.. dan aku rasa itu lebih baik daripada memenjarakan diri dalam bilik ,menangis sampai buta atau membunuh diri hanya kerana Kekasih korang yang curang tu.. xde maknanya pon.. 

4) Buat Perkara² Yang Boleh Mengembirakan Diri – Contohnya buat blog, karaoke, tengok movie, dengar lagu, main game dan sebagainya.. tapi adalah lebih baik korang baca Al-Quran kepada yang muslim atau pergi masjid dengar ceramah² agama.. Korang disyorkkan buat perkara yang berfaedah dan boleh mendatangkan manafaat terhadap diri korang…

5) Carilah Kekasih Halal – Yang nie tak perlulah aku jelaskan dengan panjang lebar.. Kalau boleh dapat yang pertama adalah tidak mustahil untuk mendapatkan yang kedua dan seterusnya.. hehe.. Kalau dah dapat Kekasih sejati yang baru conferm so easy untuk lupakan yang lama.. so tak lah buang masa korang.. Tiada lagi orang yang mencabut nyawa sendiri untuk perkara bodoh yang paling dibenci Allah..

6) Lupakan Segala Budi Dan Jasa - Maksudnya di sini, cuba lupakan segala budi dan jasa² ikhlas yang telah korang hulurkan kepada orang yang memerlukan bantuan.. Pahala yang korang dapat akan berlipat kali gandanya nanti sekiranya bantuan yang dihulurkan adalah tulus dan ikhlas.. Allahualam…

Sebenarnya ada banyak lagi cara yang boleh korang gunakan.. Aku pasti korang di luar sana ada banyak lagi tips untuk belajar lupa yang mantop meletop letop .. So, Hulurkanlah tips dan nasihat korang di ruangan komen untuk kita kongsikan bersama…Yang pastinya secara ikhlas dari hujung jari korang.. hehe…

Pecah kaca jatuh di simen,
Habis baca tolonglah komen..


4 comments:

MiYOKO SuKi said...

alamak..dah baca ni, so kena kasi komen la ek...

kehilangan seseorg membuatkan kite lebih mendekatkan diri kpd Yg Esa...Sesungguhnye ape yg baik dtg drpd Allah...Allah saje yg tahu ape yg terbaik buat hamba2Nye...

Mesintaip: said...

Heh, kalau awak tak ingatkan dengan pantun di bawah tu, hampir-hampir saya lupa nak turunkan komen, hehehehh..
Bagus, info yang bermanfaat.
Lepas ni, awak jangan lupa datang ziarah blog saya pula , http://MindaHati-mesintaip.blogspot.com.

Sun's said...

mkasih tipsnya semoga bermanfaat,,,,

Unknown said...

kalo ati senang senang lupa... pastu ingat balik.. hehe

Related Posts with Thumbnails