Pages

Tuesday, August 2, 2011

Berjalan 1,609km untuk melamar kekasih

Berjalan 1,609km untuk melamar kekasih.. Biar betol mamat nie!!
Huh, Tak terkata aku bila membaca berita nie .. 1609 KM bukannya dekat weih.. Bleh tercabut kepala lutut nak jalan sejauh itu.. tapi hakikatnya ada org yang sanggup berjalan beribu batu demi Cintanya terhadap gadis pilihan..So What~!! walaupun dalam filem 321 cinta menyatakan bahawa nisbah lelaki kepada awekz ialah 1:37 orang tetapi cinta tidak mengira kuantiti atau bilangan  walau banyak mana sekalipun.. buktinya mamat nie boleh jew cari yang lain kalau die nak coz memang betol pon awekz lagi ramai dari mamat sekarang nie..Tapi die tetap dengan cintanya yg SATU.. cewahh...

Agak² ada tak org malaysia yg sanggup jalan kali beribu batu utk melamar kekasih pujaan nie??

Ni lah die Mamat tu..

Krang bace lah keratan akhbar di bawah nie...
BEIJING - Seorang pemuda, Liu Peiwen sanggup berjalan sejauh 1,609 kilometer (km) untuk melamar kekasihnya, Ling Hsueh, lapor sebuah akhbar semalam.

Peiwen, 29, mula berjalan kaki dari wilayah Henan ke rumah kekasihnnya yang berusia 23 tahun di wilayah Guangdong di tenggara China baru-baru ini.

Kekasih Peiwen itu berkata, dia cuma bergurau semasa menetapkan syarat untuk melamarnya iaitu berjalan kaki.

Wanita itu membuat permintaan berjalan kaki itu berdasarkan lagu band dari Scotland, Proclaimers yang berjudul 500 Miles.

Dalam lirik lagu itu dinyatakan seorang lelaki sanggup berjalan sehingga 1,609km untuk berada di pintu depan rumah kekasihnya.

"Dia seorang yang gila. Saya akan tetap berkahwin dengannya dan hanya bergurau semasa saya menyatakan dia perlu berjalan kaki sejauh 1,609km.

"Dia sudah pun berjalan kaki semasa saya sedar mengenai tindakannya itu," katanya.

Namun Peiwen berkata: "Apabila saya tiba, saya berharap dia akan menunggu saya dan saya akan melamarnya sekali lagi dan saya berharap dia akan menyatakan ya," kata Peiwen.

Berjalan kaki sejauh 1,609km itu mungkin mengambil masa selama enam minggu.

"Saya suka berjalan dan mahu melihat negara ini tetapi cinta saya merupakan desakan terakhir yang menyebabkan saya perlu lakukan," kata pemuda itu. 
 
p/s macam² hal lah... semua org leh buat...

5 comments:

NuRuL HoNeY said...

wow..terbaik r..kalau macam ni, kompem say i do!!!hheehe~~

blogermanz said...

tu arr pasal... harap² aku x dpt awk yg minta aku wat menda bukan² nie... hahaha

nona sani said...

aku haraaappp...bf aku wt cm tuh..
kui3..~
coz aku not ready agi..biar amek mse lu..
hhaaaaahhhaahhuuhh

Kekunci Merah said...

err~~~ apasal smpi cmtu? tapi cam best je kan.. tapi buatnye kot mati ditengah jalan.. wuaaaa, punah harapan nak kawin! hihihi

# so suwitt~~

.:|kamaryeah|:. said...

dahsyat sgt lelaki nie~
demi cinta kan...
jgn lepas nie die ungkit2 dahlaa~

Related Posts with Thumbnails